Pls click this nuffnang 2 support this page..

‘click image to view in full size’

Tuesday, September 20, 2011

Wallpaper [click image to view in full size]




Teka teki

Soalan: byk2 sungai, sungai ape paling lambat?


Jawapan : sungai siput



Soalan: ada poket tak ade duit, ada kaki x boleh jalan.. per tu...


Jawapan : kanggaroo



Soalan: kenapa bila bayi nak tidur, kita dodoikan dia?


Jawapan : mesti la kena dodoikan.. kalau kita tampar, cmner dia nak tidur.. kuikuikui...



Soalan: kenapa pokok kelapa depan umah harus di tebang?


Jawapan : Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa .


Saturday, September 17, 2011

Mufaraqah di dalam Solat

Mufaraqah

Apa yang dimaksudkan dengan mufaraqah ialah salah seorang daripada jamaah, memisahkan diri daripada jamaah tersebut. Ada ketikanya mufaraqah ini dilarang, ada ketikanya diharuskan, dan ada ketikanya diwajibkan. Bagi mufaraqah yang di mana makmum dilarang melakukannya ialah sekiranya dilakukan tanpa ada keuzuran, maka menurut pandangan mazhab Shafi`i yang qadim, tidak harus makmum melakukan mufaraqah terhadap imam tanpa adanya keuzuran. Oleh yang demikian, ia tidak boleh berpindah daripada solat secara berjamaah kepada solat secara seorang diri. Ianya adalah berdasarkan dalil: "إنّما جعل الإمام ليؤتمّ به فلا تختلفوا عليه". Sekiranya berpindah juga dari solat secara berjamaah kepada solat secara seorang diri tanpa adanya keuzuran, maka menurut pandangan mazhab Shafi`i yang qadim, terbatal solat orang tersebut, kerana sesiapa yang meninggalkan imam tanpa adanya keuzuran, adalah sama seperti ia meninggalkan imam tanpa niat mufaraqah. Namun, bagi pandangan yang mu`tamad berdasarkan mazhab Shafi`i, solat orang tersebut sah, tetapi makruh perbuatannya itu. Alasan sah perbuatan mufaraqahnya kerana solat jamaah adalah sunat. Apabila sunat maka tidak diwajibkan ke atasnya mengikuti jamaah itu.



Majoriti para fuqahak mengatakan bahawa sekiranya makmum mufaraqah daripada imam dengan niat untuk solat seorang diri kerana adanya keuzuran, maka perkara ini dibolehkan. Dalilnya ialah riwayat daripada Jabir r.a. ia berkata:

"كان معاذ بن جبلٍ يصلّي مع النّبيّ صلى الله عليه وسلم العشاء ثمّ يرجع إلى قومه بني سلمة فيصلّيها بهم ، وأنّ رسول اللّه صلى الله عليه وسلم أخّر العشاء ذات ليلةٍ فصلاها معاذ معه ثمّ رجع فأمّ قومه ، فافتتح بسورة البقرة فتنحّى رجل من خلفه فصلّى وحده فلمّا انصرف قالوا : نافقت يا فلان ، فقال : ما نافقت ولكنّي آتي رسول اللّه صلى الله عليه وسلم فأخبره ، فأتى النّبيّ صلى الله عليه وسلم فقال : يا رسول اللّه إنّك أخّرت العشاء البارحة وإنّ معاذاً صلاها معك ثمّ رجع فأمّنا فافتتح سورة البقرة فتنحّيت فصلّيت وحدي وإنّما نحن أهل نواضح نعمل بأيدينا ، فالتفت رسول اللّه صلى الله عليه وسلم إلى معاذٍ فقال : أفتّان أنت يا معاذ ؟ أفتّان أنت ؟ اقرأ بسبّح اسم ربّك الأعلى ، والسّماء والطّارق ، والسّماء ذات البروج ، والشّمس وضحاها ، واللّيل إذا يغشى ونحوها"

Berdasarkan hadith ini, lelaki tersebut tidak berpuas hati dengan Mu`adh kerana membaca terlalu panjang di dalam solat, sedangkan lelaki tersebut mempunyai kerja lain. Lalu ia berpisah daripada jamaah solat dan solat secara sendirian. Kemudian, ia ceritakan hal ini kepada Rasulullah. Setelah diceritakan, maka baginda s.a.w. membenarkan perbuatannya, dan tidak memerintahkannya supaya mengulangi solat.



Dari sudut keuzuran yang dibolehkan untuk berpisah dengan imam, maka ianya diperselisihkan di kalangan fuqahak. Antara keuzuran disepakati yang membolehkan seseorang itu memisahkan diri dari solat imam ialah apabila imam membaca terlalu panjang di dalam solatnya, sehinggakan makmum tidak sabar untuk menunggu imam kerana makmum ada kerja lain untuk dilakukan atau ia lemah untuk menunaikan solat dengan bacaan yang terlalu panjang. Sekiranya panjang yang sederhana, maka ini tidak mengapa. Ini adalah dalam kes di mana imam membaca terlalu panjang seperti membaca satu surah al-Baqarah dan seumpamanya.



Di kalangan ulama Shafi`iyyah, selain keuzuran seperti ini mereka juga menambah dengan mengatakan bahawa keuzuran yang lain seperti imam tertinggal perkara sunat di dalam solat seumpama tahiyyat awal, atau qunut Subuh, maka makmum boleh mufaraqah daripada imam lalu mengerjakan perkara sunat yang ditinggalkan oleh imam itu.



Dalam kes wajib mufaraqah, maka antara keadaan-keadaan yang mewajibkan makmum mufaraqah daripada imam ialah:

1) Imam berpaling dari kiblat. Majoriti para fuqahak mengatakan bahawa apabila imam berpaling ke arah lain dari arah kiblat, maka makmum wajib mufaraqah daripada solat imam.

2) Terlihat pada pakain imam najis yang boleh membatalkan solat atau perkara2 lain yang disedari oleh makmum bahawa solat imam terbatal, maka wajib ke atas makmum melakukan mufaraqah dari solat imam. Seperti baju imam terkena najis, atau imam terbatal air sembahyang dan sebagainya. Para ulama Shafi`iyyah mengatakan bahawa sekiranya makmum meneruskan juga solatnya dengan mengikuti imam dalam keadaan ini walaupun seketika kerana tidak niat mufaraqah, maka terbatal solat makmum itu, kerana ia solat di belakang orang yang diketahui bahawa solatnya telah terbatal.



Para ulama Shafi`iyyah berkata lagi, sekiranya imam bangun pada rakat ke-5, maka wajib ke atas makmum niat mufaraqah dan menyempurnakan solatnya secara sendirian, memisahkan diri daripada solat imam. Ini bermakna, dalam permasalahan seperti yang diutarakan di atas, makmum wajib mufaraqah daripada imam apabila imam bangun untuk solat pada rakaat ke-5 setelah diperingatkan kepadanya dengan membaca tasbih sebanyak tiga kali, lalu ia tidak duduk tahiyyat akhir, maka makmum diwajibkan tidak mengikut imam, melakukan niat mufaraqah, serta menyempurnakan solatnya. Perlakuan ini dengan syarat makmum yakin bahawa solatnya telah sempurna 4 rakaat. Makmum dalam hal ini tidak dibolehkan mengikuti imam menambah rakaat solat. Sekiranya makmum menambah juga dengan mengikuti imam dalam hal tersebut, maka terbatal solatnya kerana ia sengaja menambah bilangan rakaat.



Sekiranya makmun tidak niat mufaraqah, maka ada satu cara lagi untuk dilakukan supaya solatnya tidak terbatal. Makmum dalam hal ini boleh terus duduk di tahiyyat akhir pada rakaat keempat menunggu imam, setelah itu memberi salam bersama-sama dengan imam. Imam Nawawi berkata, sekiranya solat makmum telah sempurna, maka tidak harus baginya mengikuti imam menambah rakaat, malahan ia boleh niat mufaraqah lalu bertasyahhud dan memberi salam, atau ia boleh juga menunggu imam tanpa niat mufaraqah, dengan membaca doa panjang setelah tahiyyat akhir, sehinggalah imam duduk sekali tahiyyat akhir dan memberi salam bersama-sama makmum.