Pls click this nuffnang 2 support this page..

‘click image to view in full size’

Friday, October 14, 2011

[info] Selepas Malaikat Israfil Meniup Sangkakala



Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekalian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

- Pemimpin yang adil.- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Tuesday, September 20, 2011

Wallpaper [click image to view in full size]




Teka teki

Soalan: byk2 sungai, sungai ape paling lambat?


Jawapan : sungai siput



Soalan: ada poket tak ade duit, ada kaki x boleh jalan.. per tu...


Jawapan : kanggaroo



Soalan: kenapa bila bayi nak tidur, kita dodoikan dia?


Jawapan : mesti la kena dodoikan.. kalau kita tampar, cmner dia nak tidur.. kuikuikui...



Soalan: kenapa pokok kelapa depan umah harus di tebang?


Jawapan : Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa .


Saturday, September 17, 2011

Mufaraqah di dalam Solat

Mufaraqah

Apa yang dimaksudkan dengan mufaraqah ialah salah seorang daripada jamaah, memisahkan diri daripada jamaah tersebut. Ada ketikanya mufaraqah ini dilarang, ada ketikanya diharuskan, dan ada ketikanya diwajibkan. Bagi mufaraqah yang di mana makmum dilarang melakukannya ialah sekiranya dilakukan tanpa ada keuzuran, maka menurut pandangan mazhab Shafi`i yang qadim, tidak harus makmum melakukan mufaraqah terhadap imam tanpa adanya keuzuran. Oleh yang demikian, ia tidak boleh berpindah daripada solat secara berjamaah kepada solat secara seorang diri. Ianya adalah berdasarkan dalil: "إنّما جعل الإمام ليؤتمّ به فلا تختلفوا عليه". Sekiranya berpindah juga dari solat secara berjamaah kepada solat secara seorang diri tanpa adanya keuzuran, maka menurut pandangan mazhab Shafi`i yang qadim, terbatal solat orang tersebut, kerana sesiapa yang meninggalkan imam tanpa adanya keuzuran, adalah sama seperti ia meninggalkan imam tanpa niat mufaraqah. Namun, bagi pandangan yang mu`tamad berdasarkan mazhab Shafi`i, solat orang tersebut sah, tetapi makruh perbuatannya itu. Alasan sah perbuatan mufaraqahnya kerana solat jamaah adalah sunat. Apabila sunat maka tidak diwajibkan ke atasnya mengikuti jamaah itu.



Majoriti para fuqahak mengatakan bahawa sekiranya makmum mufaraqah daripada imam dengan niat untuk solat seorang diri kerana adanya keuzuran, maka perkara ini dibolehkan. Dalilnya ialah riwayat daripada Jabir r.a. ia berkata:

"كان معاذ بن جبلٍ يصلّي مع النّبيّ صلى الله عليه وسلم العشاء ثمّ يرجع إلى قومه بني سلمة فيصلّيها بهم ، وأنّ رسول اللّه صلى الله عليه وسلم أخّر العشاء ذات ليلةٍ فصلاها معاذ معه ثمّ رجع فأمّ قومه ، فافتتح بسورة البقرة فتنحّى رجل من خلفه فصلّى وحده فلمّا انصرف قالوا : نافقت يا فلان ، فقال : ما نافقت ولكنّي آتي رسول اللّه صلى الله عليه وسلم فأخبره ، فأتى النّبيّ صلى الله عليه وسلم فقال : يا رسول اللّه إنّك أخّرت العشاء البارحة وإنّ معاذاً صلاها معك ثمّ رجع فأمّنا فافتتح سورة البقرة فتنحّيت فصلّيت وحدي وإنّما نحن أهل نواضح نعمل بأيدينا ، فالتفت رسول اللّه صلى الله عليه وسلم إلى معاذٍ فقال : أفتّان أنت يا معاذ ؟ أفتّان أنت ؟ اقرأ بسبّح اسم ربّك الأعلى ، والسّماء والطّارق ، والسّماء ذات البروج ، والشّمس وضحاها ، واللّيل إذا يغشى ونحوها"

Berdasarkan hadith ini, lelaki tersebut tidak berpuas hati dengan Mu`adh kerana membaca terlalu panjang di dalam solat, sedangkan lelaki tersebut mempunyai kerja lain. Lalu ia berpisah daripada jamaah solat dan solat secara sendirian. Kemudian, ia ceritakan hal ini kepada Rasulullah. Setelah diceritakan, maka baginda s.a.w. membenarkan perbuatannya, dan tidak memerintahkannya supaya mengulangi solat.



Dari sudut keuzuran yang dibolehkan untuk berpisah dengan imam, maka ianya diperselisihkan di kalangan fuqahak. Antara keuzuran disepakati yang membolehkan seseorang itu memisahkan diri dari solat imam ialah apabila imam membaca terlalu panjang di dalam solatnya, sehinggakan makmum tidak sabar untuk menunggu imam kerana makmum ada kerja lain untuk dilakukan atau ia lemah untuk menunaikan solat dengan bacaan yang terlalu panjang. Sekiranya panjang yang sederhana, maka ini tidak mengapa. Ini adalah dalam kes di mana imam membaca terlalu panjang seperti membaca satu surah al-Baqarah dan seumpamanya.



Di kalangan ulama Shafi`iyyah, selain keuzuran seperti ini mereka juga menambah dengan mengatakan bahawa keuzuran yang lain seperti imam tertinggal perkara sunat di dalam solat seumpama tahiyyat awal, atau qunut Subuh, maka makmum boleh mufaraqah daripada imam lalu mengerjakan perkara sunat yang ditinggalkan oleh imam itu.



Dalam kes wajib mufaraqah, maka antara keadaan-keadaan yang mewajibkan makmum mufaraqah daripada imam ialah:

1) Imam berpaling dari kiblat. Majoriti para fuqahak mengatakan bahawa apabila imam berpaling ke arah lain dari arah kiblat, maka makmum wajib mufaraqah daripada solat imam.

2) Terlihat pada pakain imam najis yang boleh membatalkan solat atau perkara2 lain yang disedari oleh makmum bahawa solat imam terbatal, maka wajib ke atas makmum melakukan mufaraqah dari solat imam. Seperti baju imam terkena najis, atau imam terbatal air sembahyang dan sebagainya. Para ulama Shafi`iyyah mengatakan bahawa sekiranya makmum meneruskan juga solatnya dengan mengikuti imam dalam keadaan ini walaupun seketika kerana tidak niat mufaraqah, maka terbatal solat makmum itu, kerana ia solat di belakang orang yang diketahui bahawa solatnya telah terbatal.



Para ulama Shafi`iyyah berkata lagi, sekiranya imam bangun pada rakat ke-5, maka wajib ke atas makmum niat mufaraqah dan menyempurnakan solatnya secara sendirian, memisahkan diri daripada solat imam. Ini bermakna, dalam permasalahan seperti yang diutarakan di atas, makmum wajib mufaraqah daripada imam apabila imam bangun untuk solat pada rakaat ke-5 setelah diperingatkan kepadanya dengan membaca tasbih sebanyak tiga kali, lalu ia tidak duduk tahiyyat akhir, maka makmum diwajibkan tidak mengikut imam, melakukan niat mufaraqah, serta menyempurnakan solatnya. Perlakuan ini dengan syarat makmum yakin bahawa solatnya telah sempurna 4 rakaat. Makmum dalam hal ini tidak dibolehkan mengikuti imam menambah rakaat solat. Sekiranya makmum menambah juga dengan mengikuti imam dalam hal tersebut, maka terbatal solatnya kerana ia sengaja menambah bilangan rakaat.



Sekiranya makmun tidak niat mufaraqah, maka ada satu cara lagi untuk dilakukan supaya solatnya tidak terbatal. Makmum dalam hal ini boleh terus duduk di tahiyyat akhir pada rakaat keempat menunggu imam, setelah itu memberi salam bersama-sama dengan imam. Imam Nawawi berkata, sekiranya solat makmum telah sempurna, maka tidak harus baginya mengikuti imam menambah rakaat, malahan ia boleh niat mufaraqah lalu bertasyahhud dan memberi salam, atau ia boleh juga menunggu imam tanpa niat mufaraqah, dengan membaca doa panjang setelah tahiyyat akhir, sehinggalah imam duduk sekali tahiyyat akhir dan memberi salam bersama-sama makmum.